Macam mana aku start ?


Aku bermula dengan Game yang paling aku minat iaitu GTA 5. First video aku dan permulaan aku adalah 2 tahun yang lalu. Alhamdulilah, berkat sokongan dari keluarga aku dan dengan izin Allah, aku berjaya kenal dengan korang semua.

Mungkin korang anggap korang adalah subscriber aku tapi pada aku korang adalah kawan kawan aku dan sumber kekuatan aku untuk terus buat video. Aku nak ucap terima kasih sebab sudi tonton video video aku selama ni. Aku betul betul appriciate sangat.

Aku banyak tengok channel youtube luar buat video mostly dalam bahasa inggeris walaupun youtuber Malaysia. So aku ambil inisiatif untuk buat Youtube channel aku dengan cara dan gaya aku sendiri dalam bahasa melayu. So telahirlah Gameplay in bahasa melayu.

Mungkin korang nampak kelengkapan aku banyak sebab tu aku berjaya, No ! . Phone sekarang pun Rm300 dah boleh dapat yang high spect. Dengan phone pun dah boleh rakam dan edit. Tiada alasan didunia ini. Kalau aku ada semua kelengkapan yang diperlukan, tapi aku malas, aku tak akan ada video video yang korang tengok ni wujud.

So guys, Nak jadi youtuber ? buat sampai jadi okay !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *